Hati merupakan raja yang memerintah di dalam badan seseorang manusia. Menteri-menteri iaitu akal akan bermesyuarat sesama sendiri untuk mengarahkan tentera-tentera supaya melakukan perkara yang telah ditentukan oleh raja itu tadi. Sekiranya raja itu baik, maka baiklah seluruh menteri-menteri dan bala tenteranya. Sekiranya raja itu buruk maka sebaliknya akan berlaku. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah S.W.T hati , akal dan anggota badan yang sangat hebat dan ini terpulang kepada manusia untuk menggunakan kelebihan ini samada mengikut perintahNya atau terkeluar daripada arahan dan suruhanNya. Hati merupakan pusat yang paling penting di dalam badan manusia untuk memerintah segala anggota badan supaya patuh dan taat. Sekiranya hati itu baik, maka setiap perkara yang dilakukan pasti akan baik. Allah SWT memerintahnya kepada hamba-hambaNya supaya patuh dan taat kepada setiap suruhan dan laranganNya dan ini ada hubung kait dengan kesempurnaan iman seseorang individu muslim itu sendiri. Iman mempunyai musuh ketat iaitu nafsu. Hati dan akal perlu dikawal oleh iman dan ini memerlukan semangat dan mujahadah yang sangat besar dalam menempuhi segala cabaran dan godaan tersebut.
Sifat membenci merupakan suatu sifat yang tidak patut ada dalam diri setiap manusia dan sifat ini perlu didelete serta merta di dalam diri kita kerana ia akan memusnahkan diri kita sendiri. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah (5:8) maksudnya : '' Wahai orang yang beriman , hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan ( kebenaran ) kerana Allah , menjadi saksi dengan adil. Dan jangan sekali-kali kebencianmu terhadap terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan''.
Apabila kebencian kita terhadap seseorang itu melebihi garis batasannya, maka hidup akan gelisah dan diri diseksa oleh deraan psikilogi. Setiap kali mendengar nama orang yang dibenci , hati tak suka , perasaan bebulu dan jiwa terbakar. Jalan penyelesaian bagi sikap ini ialah kita lupakan kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan, maafkan mereka serta fikir kembali saat manis bersama dan ingat kembali jasa baik yang telah dihulurkan terhadap kita. Dengan cara ini, hati akan menjadi tenang dan perasaan mula gembira serta rahmat Allah mudah untuk sampai kepada kita. Hati merupakan perkara yang terpenting untuk kita baiki terlebih dahulu dengan bantuan iman dan akal. Kawal akan kita dan kuatkan iman kita dengan zikir . InsyaAllah perasaan benci membenci dan dendam akan hilang serta merta. Letakkan silaturrahim satu cara terbaik untuk menggapai redha Ilahi.
Ya Allah , kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya . Amin ya rabbal 'alamin.
September 26, 2011
September 25, 2011
Nasihat buat adik-adik baru di Maghribi.
Alhamdulillah tahun ini seramai 12 orang pelajar baru telah sampai dengan selamat ke bumi kedua kita selepas Malaysia yang tercinta iaitu bumi Maghribi. Dikesempatan ini Abang Z ingin mengucapkan ucapan selamat datang dan selamat menempuhi kehidupan baru di bumi Maghribi ini dengan hati yang tabah, fizikal yang kuat serta kekuatan rohani yang mantap. Abang Z ingin memberikan beberapa nasihat yang sangat berguna buat semua pelajar-pelajar yang ingin menguasai bahasa arab di sini dan sentiasa mengamalkan cara hidup ini untuk kebaikan antum semua ketika berada di sini...
Untuk menguasai bahasa arab, antum semua perlulah :
1. Berusaha untuk menjadikan bahasa arab ini bahasa pertuturan setiap hari di sini.
2.Cuba cari kawan2 dalam kalangan pak cik arab di sini dan dengan cari ini kita akan mudah untuk menguasai bahasa dan perkembangan itu akan melalui proses yang cepat.
3. Banyakkan duduk di library mengulangkaji.
4. Cuba untuk makan makanan yang disediakan di bumi Maghribi ini kerana awal-awal ni bukan senang nak makan makanan arab ni. Selain tu, untuk mengusai bahasa arab kita bukan hanya bercakap arab sahaja malah kita kena pakai apa yang orang arab pakai, tiru sebijik macam diorang cakap dan selalu datang rumah diorang untuk tahu adat dan gaya hidup yang dapat membezakan kita dengan bangsa arab.
5. Untuk permulaan ni , sentiasalah bawak kamus ke mana sahaja yang antum semua pergi dan jangan malu untuk bertanya kerana sikap ini kan membawa kepada kerugian yang sangat besar.
6. Cara study kita untuk pelajar University ni dah berbeza dan tak macam dulu kerana kita hanya tunggu untuk disuapkan nasi oleh guru di sekolah . Di sini, kita bukan sahaja perlu mencari sesuap nasi itu, malah beras yang ingin dijadikan nasi itu pun perlu dicari. Ubahlah cara dan pendirian antum semua. Jadikan masa dan peluang ini untuk kebahagian antum semua untuk pulang ke tanah air nanti dan jangan penuhkan negara kita dengan sampah masyarakat tetapi penuhkanlah dengan ilmuwan-ilmuwan yang hebat .
7. Akhir sekali, jangan lupakan ibu bapa dan kawan-kawan yang sentiasa membantu kita. Doakan kesejahteraan mereka dan jadikan kehidupan di bumi Maghribi ini penuh bermakna dan penuhi masa dengan kerja-kerja yang berfaedah. Perbetulkan niat bermula saat ini.....

September 24, 2011
Berjinak-jinak dengan blog.
Bismillahirrahmanirrahim..Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kerana dapat merasai 2 nikmat yang sangat berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW . Baru nak berjinak-jinak dan harap-harap blog ini dapat memberikan ruang untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan terus berdakwah. Semoga diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk terus berdakwah dan beramal dengan ajaran Islam yang sangat hebat ini. Doakan semoga blog ini dapat memberikan perkongsian ilmu yang berharga dan berfaedah . Ya Allah , berikanlah kepadaku kekuatan..ameennn.
Subscribe to:
Posts (Atom)