AnaFaqir. Powered by Blogger.
RSS

October 9, 2011

Teknik pantas belajar bahasa arab.

Ramai yang bertanya " Macam mana erk nak kuasai bahasa arab dengan cepat? ''. Sebenarnya kaedah untuk mempelajari bahasa ini lebih mudah sekiranya kita berada di dalam kelompok masyarakat yang bertutur dalam bahasa tersebut. Ingin menguasai sesuatu bahasa bukan perkara yang sangat mudah, banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menghasilkan kefahaman dan kebolehan dalam bertutur. Kadang-kadang, kita akan merasakan bahawa bahasa yang kita ingin pelajari ini sukar untuk dikuasai kerana masyarakat tidak bertutur di dalam bahasa yang sebenar kerana lebih banyak menggunakan bahasa pasar dan bukan seperi bahasa yang terdapat di dalam buku. Di sini, mungkin ada banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan anda semua iaitu teknik belajar bahasa arab dengan cepat. Mungkin perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman abang Z dan mungkin pengalaman kita berbeza-beza Mana yang baik kita ambil dan mana yang buruk kita tinggalkan.

Teknik pantas belajar bahasa arab ialah :

1. Minat sangat penting untuk mempelajari bahasa kerana tanpa minat maka sesuatu perkara yang dilakukan adalah sambil lewa dan tidak mencapai target yang dikehendaki. Minat boleh ditimbulkan melalui banyak kaedah yang terbaik dan perkara ini tidak mungkin saya kongsikan di sini kerana itu adalah cara masing untuk menanam rasa minat terhadap bahasa yang ingin dipelajari.

2. Pada peringkat permulaan, tidak perlulah kita baca buku-buku yang tinggi bahasanya kerana ini akan menyebabkan minat kita mula berkurangan dan perasaan jemu mula menyelubungi. Mulakan dengan buku-buku yang simple dan ayat-ayat yang mudah difahami. Mungkin dengan cara ini minat kita akan semakin bertambah dan rasa ingin tahu menjadi semakin meningkat terhadap bahasa arab ini.

3. Selain itu, kita juga boleh mempelajari bahasa dengan menonton filem-filem arab seperti kartun arab, kisah-kisah sahabat dan lain-lain. Teringat dulu masa mula-mula nak belajar bahasa arab ini, masa nak tengok cerita kartun tu ajak sekali kasan arab di sini dan minta dia terangkan perkataan-perkataan yang agak susah. Play.....Pause...Play...Pause. Mula-mula memang rasa segan sikit nak belajar dengan menonton kartun arab ni  tapi itu lebih baik daripada kita asyik mempelajari bahasa korea ketika berada di negara arab.

4.  Kita juga boleh menggunakan surat khabar, majalah, dan tv untuk mempelajari bahasa arab. Bagi mereka yang sukakan sukan bola sepak, pilihlah commentator arab dan dengar apa yang dia cakap serta ajuk balik apa yang telah dicakap. 

5. Disamping itu, dalam usaha untuk mengusai bahasa arab juga jangan lupa nilai tambah lain yang perlu kita ambil. Budaya dan gaya hidup mereka perlulah kita terokai supaya pengalaman ini menjadi satu perkara yang indah ketika mempelajari bahasa arab. Pernah juga dulu join arab sembelih kambing gurun masa hari raya korban. Cara mudah yang mereka gunakan untuk menanggalkan kulit daripada badan kambing tersebut ialah mereka akan buat lubang di kaki dan tiup guna mulut. Bila kambing tu dah makin mengelembung, mereka akan tanggalkan kulit tersebut dengan cara yang mudah. Kadang-kadang tergelak jugak tengok arab kat sini sembelih ayam, kita pandang dia , dia pandang kita pastu terus sembelih buat muka sedih.ahaks~.Kalau kita sampai 2-3 orang nak sembelih ayam.hehehe. Sorang pegang kaki, sorang pegang kepak, sorang sembelih. Fuh!! macam sembelih lembu. Tapi pak-pak arab ni orang jer.perghhh..Kalau raya korban di rumah melayu, ada jugak la arab-arab yang datang dan mereka juga turut menangis bersama-sama kami di pagi raya. Kami menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yang lalu dan saling bermaaf-maafan tetapi arab-arab ni menangis kerana penangan mee kari yang kami buat terlalu pedas.wawawawawa...


                              



6. Carilah keluarga angkat yang boleh kita ziarahi ketika waktu-waktu cuti. Hehehe.. abang Z ada satu keluarga angkat di sebuah kawasan di Maghribi yang disebut wilayah Kenitra. Bila rindu nak makan tojin, kus-kus dan lain2. Call jer..'' Mak, nak makan tojin"..hehe..Ada sekali tu di rumah seorang mak cik arab yang cukup baik, dia hidangkan kami kepala kambing, bila abang Z dengar je kepala kambing meremang bula tengkuk. Fuh..first time ni..tabahkanlah hatiku Ya Allah...'' Yallah bismillah drari, kliti kulli chi ''..Tangan terus mencapai ke pinggan tersebut dan abang Z main ambik jer mana-mana bahagian. Bila nak sampai je kat mulut sempat jugak la bertanya " synu haza sayyidah? ma 3araftu haza..~ apa ni mak cik? aku tak tahu ni bahagian apa~..Mak cik tu jawab dalam keadaan senyum lebar.. " telinga''..huargh!!!!!


                                         
  
7. Wujudkan suasan membaca di dalam rumah. Paling kurang mesti baca 2 helai atau lebih satu hari. Kalau dapat baca satu buku itu lebih baik dan bila banyak membaca banyak perkataan, bila banyak perkataan mudah nak faham apa yang diperkatakan oleh ustaz di dalam kelas.


8. Kita juga boleh melembutkan lidah untuk bertutur dalam bahasa arab dengan banyak membaca Al-Quran. Insyaallah dengan izinNya, kita mampu untuk menguasai bahasa ini.

9. Kadang-kita boleh juga ajak budak-budak kecil yang pandai bertutur dalam bahasa standard untuk bercakap. Budak-budak ini mereka sudag didedahkan dengan perkataan-perkataan yang mantap di sekolah jadi tiada cara lain melainkan kita ajak mereka berborak.
                                           
10. Boleh juga buat team bola dengan arab. Kalau nak mintak bola kena cakap arab. Tak boleh cakap melayu.hehe...
                                       


Mungkin banyak lagi perkara-perkara lain yang mampu untuk dilakukan dalam usaha untuk menguasai bahasa arab ini. Tabahkan hati dan sentiasa berusaha. Insyaallah kejayaan akan hadir. Mungkin pengalaman masing-masing berbeza dan ini hanya merupakan secebis perkongsian yang tidak seberapa dan mungkin ada orang lain yang lebih hebat pengalaman mereka. Cuma, seperti yang abang Z katakn tadi, mana yang baik kita ambil dan mana yang buruk kita tinggalkan. Apa yang paling penting ialah apabila kita nak baca buku arab kita faham dan boleh kita terjemahkan di dalam bahasa melayu disamping kita gunakan bahasa arab tersebut dalam kehidupan seharian kita. Sekian..

 

1 comment:

  1. Wahhh..menarik n best ;)

    ade yg part cara menyembelih tu saya tak perasan pun walaupun byk kali tgk org2 arab sana korban kambing n lembu..

    jemput lawat blog saya =)...

    ReplyDelete