AnaFaqir. Powered by Blogger.
RSS

September 28, 2011

Kehidupan Arab Barbar Maghribi yang unik

               Maghribi merupakan negara yang pernah dijajah oleh Perancis dan Sepanyol. Penduduk asal di Maghribi ialah orang-orang barbar. Mereka mempunyai bahasa yang tersendiri dan sebahagiannya boleh juga berbahasa classic arabic atau arab fusha. Maghribi telah mendapat kemerdekaan pada 2 Mac 1956 oleh Perancis dan Sepanyol pada 7 April 1956 setahun lebih awal daripada Malaysia. Itu adalah serba sedikit yang boleh Abang Z ceritakan tentang pengenalan Maghribi. Pernah juga dulu Abang Z duduk bersama-sama orang barbar bercerita pengalaman dan bertukar-tukar pendapat. Kebanyakan mereka sangat sukakan orang Asia dan kalau kita boleh bertutur dalam bahasa diorang ermm..cakap je nak makan apa..memang diorang buat.hehehe..

             '' Labas dark Zulkarnain?..Manzakin..?..manik katgit?... isy sylah shilhit ?.."..Itulah di antara bahasa pertuturan yang digunakan oleh orang-orang barbar dini. Mula-mula memang tak faham , tapi sebab dah selalu bercampur dengan mereka bahasa ini menjadi mudah.







 Pernah juga dulu masa Abang Z nak menziarahi seorang rakan baik ( orang barbar jugak) di satu kawasan di Maghribi ini dan satu perkara yang menarik telah berlaku. Ketika nak pulang, kawan barbar tu ikut sekali balik jalan kaki ke rumah dan sampai di pertengahan jalan dia berhenti . " Ok la Zul, aku hantar kau sampai sini saja la yer.Jumpa lain kali "..kata kawan barbar tu. Tiba-tiba Abang Z rasa terkejut sebab dah separuh jalan kami berjalan kaki tiba-tiba dia nak balik. '' Eh, ikut la aku balik sekali sebab dah dekat dah ni"kataku..
'' Takpe la Zul, memang kami diajar dari kecil begini supaya menghantar pulang tetamu yang datang separuh jalan. Itulah sifat yang unik dan tidak pernah Abang Z rasai di Malaysia. Mungkin orang Malaysia juga menghantar tetamunya pulang tetapi hanya di depan pintu rumahnya sahaja.hehehehe.

Di sini Abang Z tak nak cerita banyak-banyak tentang keunikan arab barbar di sini tetapi hanya ingin berkongsi sahaja pengalaman serba sedikit dan mungkin post yang lain Abang Z akan hurai lebih panjang. Salah satu kehebatan dan yang terkenal mengenai sifat arab ni ialah mereka sangat suka menjemput pelajar-pelajar di sini untuk bersama-sama mereka meraikan perayaan raya haji.( sebab raya aidulfitri tak berapa meriah). Fuh! teringat lagi masa tu Abang Z diberi peluang untuk menyembelih 6 ekor kambing gurun dan pengalaman ini sangat best dan tak dapat dilupakan. Satu perkara yang Abang Z belajar ialah orang-orang arab di sini lebih banyak menggunakan tenaga dalam setiap perkara. Cara mereka meraikan hari raya ini juga turut berbeza dan ini merupakan cara hidup mereka sejak zaman berzaman.



 
 
Apa yang ingin Abang Z kongsikan di sini ialah apa yang perlu kita lakukan dan berubah supaya sifat dan akhlak yang ditunjukkan oleh mereka dapat kita amalkan di negara kita :

1. Sekiranya tetamu hadir ke rumah kita, maka layanlah mereka dari mula mereka datang sampai mereka pulang. Jangan kita hanya sibuk melayari internet sampaikan kita lupa bahawa pahala melayan tetamu itu lebih besar ganjarannya.Sama juga seperti bila bertemu dengan rakan sibuk dengan sms hingga melupakan teman yang berada di hadapan yang inginkan komunikasi.





2. Walaupun mereka ( orang arab di sini ) hidup dalam keadaan serba kekurangan dan sumber pendapatan yang sedikit, tetapi mereka tetap berusaha untuk melayani tetamu dengan sedaya upaya mereka sampaikan kalau difikirkan boleh menitis air mata.

3. Wujudkan suasana saling bantu membantu antara kita sesama rakan dalam setiap perkara yang dilakukan serta ikhlas ingin membantu dan tidak mengharapkan balasan.

4. Arab-arab di sini pantang dengar mintak tolong , mereka pasti akan bantu walau apa keadaan sekalipun dan sifat ini harus dimiliki oleh kita semua.

5. Rakyat Malaysia yang berada di Malaysia sangat disanjung tinggi hanyalah kerana akhlak dan peribadi kita yang sangat lemah lembut dan tidak kasar. Jadi, kekalkanlah sikap ini supaya dengan akhlak yang baik masyarakat tertarik dengan kita dan moga-moga dengan sikap ini lebih ramai lagi masyarakat yang memeluk agama Islam.Ameenn..

Sekian..terima kasih

September 27, 2011

Tahukah apa itu Produk Argan?

           Minyak Argan merupakan salah satu produk terbaik di dunia dan produk ini hanya terdapat di Maghribi sahaja. Abang Z pernah mengunjungi tempat Produk Argan ini diperbuat dan sempat bersembang-sembang dengan mak cik yang buat minyak itu. Terkejut juga sebab baru-baru ni dah banyak kali keluar di dada akhbar di Malaysia dan Abang Z rasa terpanggil untuk memperomosikan produk ini. Proses minyak ini sangat rumit dan memakan masa yang lama untuk mengeluarkan minyaknya. Insyaallah kalau semua berminat Abang Z akan upload video macam mana minyak ini dihasilkan dan Abang Z sendiri yang temuramah mak cik tu..hehehe..Setakat ni ramai yang ingin mendapatkan produk ini tetapi mereka kurang pasti kegunaan dan kelebihan minyak ini. Sebenarnya, minyak ini merupakan produk kosmetik penduduk Maghribi sejak berkurun lamanya terutama perempuan sangat gemar untuk menggunakan produk ini. Bukan itu sahaja, minyak ini juga digunakan untuk menghilangkan jerawat dan melicinkan kulit serta mencantikkan rambut. Dalam bahasa enggeris disebut '' The Golden Oil ''..Sabun Argan juga merupakan satu produk yang sangat laris dan berjaya memikat hati para penggemar kecantikan kerana kesannya yang pantas dan tiada kesan sampingan.



                                                 Produk Argan yang telah siap dibotolkan.






 Produk Argan



                                                                 Produk Kosmetik Argan


                                          Sabun yang boleh menlicinkan muka serta menhilangkan jerawat





                                           Tempat memproses Argan.Abang Z dah pergi..hehe


                                                          Kaedah membuat minyak argan










Minyak Argan juga boleh dimakan.ermm...Abang Z makan memang tambah sebab rasa dia ada rasa kacang.

Sekiranya berminta boleh tinggalkan comment atau di fb Abang Z ( Muhammad Zulkarnain Mat Salim)..boleh add..sekian, terima kasih


Bagaimana jodoh kita? Cantik itu relatif bukan subjektif.

        Jodoh pertemuan merupakan urusan Tuhan. Kita perlu murnikan niat agar jodoh pasangan kita mendapat redha dan mudah didekatkan. Aspek utama yang paling popular yang menjadi perbualan dalam kalangan remaja ialah soal jodoh. Ramai yang inginkan jodoh yang cantik dan menarik serta inginkan seorang wanita yang bertudung labuh serta mempunyai ciri-ciri yang yang terbaik berlandaskan syariat tetapi sifat dan watak si lelaki tidak sama seperti yang diinginkan oleh sang puteri. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah yang telah ditetapkan oleh Allh SWT dan untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita tetapi ilmunya , akhlaknya, pengorbanannya dan kesetiaannya.

      '' Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"...

 Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang bertekad menjadi hambaNya yang bertakwa pasti tidak akan dikecewakanNya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik.

     '' Cantik itu relatif dan bukan subjektif''...

Cita rasa manusia terhadap kecantikan tidak sama. Mungkin cantik di mata kita tetapi tidak sesuai di mata orang lain. Mungkin cantik di mata orang lain tetapi bebeza menurut pandangan kita. Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang yang beriman menilai kecantikan kepada budi dan akhlaknya. Jelita sekalipun akan nampak hodoh sekiranya asyik marah-marah dan tidak menyenangkan hati si suami. Sebaliknya wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu si suami dan saling faham memahami antara satu sama lain. Apabila hati berkomunikasi dengan hati maka akan tidak akan timbul masalah-masalah antara kedua-duanya. Sempat juga dulu berkongsi pandangan bersama teman seperjuangan di sekolah menengah bahawa kebanyakan remaja hanya suka bermain-main dengan cinta malah menjadikan cinta sebagai perkara suka-suka. Kebanyakan orang tua mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya kerana tanggungjawab mendidik selepas mereka terletak di atas bahu suaminya. Pepatah melayu ada mengatakan " sayang isteri tinggal-tinggalkan sayang anak tangan-tangankan"..Pepatah ini mungkin kurang sesuai menurut hemat saya kerana sekiranya kita sayangkan isteri janganlah kita tinggalkan dia, rapatkan diri dan kongsi masalah bersama dan selalu berbincang kerana perbincangan adalah medan terbaik untuk menyelesaikan masalah dan kalau sayangkan anak jangan pukul mereka sahaja. Berikan didikan agama serta kuatkan iman mereka dengan kisah-kisah sahabat terdahulu dan ajarlah mereka dengan didikan yang sesuai bertepatan dengan sunah nabi kita Muhammad SAW. Wallahu'alam
 

September 26, 2011

Bersederhana dalam membenci.

                Hati merupakan raja yang memerintah di dalam badan seseorang manusia. Menteri-menteri iaitu akal akan bermesyuarat sesama sendiri untuk mengarahkan tentera-tentera supaya melakukan perkara yang telah ditentukan oleh raja itu tadi. Sekiranya raja itu baik, maka baiklah seluruh menteri-menteri dan bala tenteranya. Sekiranya raja itu buruk maka sebaliknya akan berlaku. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah S.W.T hati , akal dan anggota badan yang sangat hebat dan ini terpulang kepada manusia untuk menggunakan kelebihan ini samada mengikut perintahNya atau terkeluar daripada arahan dan suruhanNya. Hati merupakan pusat yang paling penting di dalam badan manusia untuk memerintah segala anggota badan supaya patuh dan taat. Sekiranya hati itu baik, maka setiap perkara yang dilakukan pasti akan baik. Allah SWT memerintahnya kepada hamba-hambaNya supaya patuh dan taat kepada setiap suruhan dan laranganNya dan ini ada hubung kait dengan kesempurnaan iman seseorang individu muslim itu sendiri. Iman mempunyai musuh ketat iaitu nafsu. Hati dan akal perlu dikawal oleh iman dan ini memerlukan semangat dan mujahadah yang sangat besar dalam menempuhi segala cabaran dan godaan tersebut.

Sifat membenci merupakan suatu sifat yang tidak patut ada dalam diri setiap manusia dan sifat ini perlu didelete serta merta di dalam diri kita kerana ia akan memusnahkan diri kita sendiri. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah (5:8) maksudnya : '' Wahai orang yang beriman , hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan ( kebenaran ) kerana Allah , menjadi saksi dengan adil. Dan jangan sekali-kali kebencianmu terhadap terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan''.

Apabila kebencian kita terhadap seseorang itu melebihi garis batasannya, maka hidup akan gelisah dan diri diseksa oleh deraan psikilogi. Setiap kali mendengar nama orang yang dibenci , hati tak suka , perasaan bebulu dan jiwa terbakar. Jalan penyelesaian bagi sikap ini ialah kita lupakan kesalahan-kesalahan  yang mereka lakukan, maafkan mereka serta fikir kembali saat manis bersama dan ingat kembali jasa baik yang telah dihulurkan terhadap kita. Dengan cara ini, hati akan menjadi tenang dan perasaan mula gembira serta rahmat Allah mudah untuk sampai kepada kita. Hati merupakan perkara yang terpenting untuk kita baiki terlebih dahulu dengan bantuan iman dan akal. Kawal akan kita dan kuatkan iman kita dengan zikir . InsyaAllah perasaan benci membenci dan dendam akan hilang serta merta. Letakkan silaturrahim satu cara terbaik untuk menggapai redha Ilahi.


Ya Allah , kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya . Amin ya rabbal 'alamin.

September 25, 2011

Nasihat buat adik-adik baru di Maghribi.

Alhamdulillah tahun ini seramai 12 orang pelajar baru telah sampai dengan selamat ke bumi kedua kita selepas Malaysia yang tercinta iaitu bumi Maghribi. Dikesempatan ini Abang Z ingin mengucapkan ucapan selamat datang dan selamat menempuhi kehidupan baru di bumi Maghribi ini dengan hati yang tabah, fizikal yang kuat serta kekuatan rohani yang mantap. Abang Z ingin memberikan beberapa nasihat yang sangat berguna buat semua pelajar-pelajar yang ingin menguasai bahasa arab di sini dan sentiasa mengamalkan cara hidup ini untuk kebaikan antum semua ketika berada di sini...

Untuk menguasai bahasa arab, antum semua perlulah  :

1. Berusaha untuk menjadikan bahasa arab ini bahasa pertuturan setiap hari di sini.

2.Cuba cari kawan2 dalam kalangan pak cik arab di sini dan dengan cari ini kita akan mudah untuk menguasai bahasa dan perkembangan itu akan melalui proses yang cepat.

3. Banyakkan duduk di library mengulangkaji.

4. Cuba untuk makan makanan yang disediakan di bumi Maghribi ini kerana awal-awal ni bukan senang nak makan makanan arab ni. Selain tu, untuk mengusai bahasa arab kita bukan hanya bercakap arab sahaja malah kita kena pakai apa yang orang arab pakai, tiru sebijik macam diorang cakap dan selalu datang rumah diorang  untuk tahu adat dan gaya hidup yang dapat membezakan kita dengan bangsa arab.

5. Untuk permulaan ni , sentiasalah bawak kamus ke mana sahaja yang antum semua pergi dan jangan malu untuk bertanya kerana sikap ini kan membawa kepada kerugian yang sangat besar.

6. Cara study kita untuk pelajar University ni dah berbeza dan tak macam dulu kerana kita hanya tunggu untuk disuapkan nasi oleh guru di sekolah . Di sini, kita bukan sahaja perlu mencari sesuap nasi itu, malah beras yang ingin dijadikan nasi itu pun perlu dicari. Ubahlah cara dan pendirian antum semua. Jadikan masa dan peluang ini untuk kebahagian antum semua untuk pulang ke tanah air nanti dan jangan penuhkan  negara kita dengan sampah masyarakat tetapi penuhkanlah dengan ilmuwan-ilmuwan yang hebat .

7. Akhir sekali, jangan lupakan ibu bapa dan kawan-kawan yang sentiasa membantu kita. Doakan kesejahteraan mereka dan jadikan kehidupan di bumi Maghribi ini penuh bermakna dan penuhi masa dengan kerja-kerja yang berfaedah. Perbetulkan niat bermula saat ini.....


September 24, 2011

Berjinak-jinak dengan blog.

Bismillahirrahmanirrahim..Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kerana dapat merasai  2 nikmat yang sangat berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW . Baru nak berjinak-jinak dan harap-harap blog ini dapat memberikan ruang untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan terus berdakwah. Semoga diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk terus berdakwah dan beramal dengan ajaran Islam yang sangat hebat ini. Doakan semoga blog ini dapat memberikan perkongsian ilmu yang berharga dan berfaedah . Ya Allah , berikanlah kepadaku kekuatan..ameennn.