Ramai yang merungut " Aduh, tak faham langsung apa yang ustaz ajar hari ni!, esok malas la nak masuk kelas''. Ungkapan ini seringkali diungkapkan oleh pelajar-pelajar yang baru ingin menyesuaikan diri dengan kelas-kelas yang telah disediakan di universiti tambahan pula subjek yang diajar seratus peratus di dalam bahasa asing. Sebenarnya, walaupun kita tidak memahami apa yang telah diajarkan oleh ustaz di universiti, tetapi tanpa kita sedari bahawa keberkatan duduk di dalam majlis ilmu itu sangat besar ganjaran pahalanya.
Keseronokan belajar di dalam kelas akan timbul apabila kita memahami apa yang diajarkan oleh guru. Kaedah yang menarik yang boleh diamalkan sebelum kita memulakan kelas ialah kita baca telebih dahulu apa yang akan diajarkan nanti dan dengan cara ini mudah untuk kita bertanya kepada guru apa yang kita tidak faham. Selain itu, pernah juga dulu seorang ustaz di universiti menasihati abang Z katanya " bacaan kali pertama adalah untuk kefahaman, dan bacaan kali kedua adalah untuk menguatkan bacaan kali pertama''. Jadi, sekiranya kita telah bersedia dengan semua perkara-perkara ini maka tidak wujudlah perasaan bosan serta mengantuk di dalam kelas. Cara study kita perlu diubah kerana apabila kita melangkah ke alam universiti ini lebih banyak berbeza daripada kita balajar di sekolah menengah dahulu. Kita perlu sentiasa peka dengan nota-nota baru yang telah ditulis oleh pak-pak arab di sini dan perlu bersabar untuk memahami tulisan-tulisan mereka yang agak memeningkan kepala. Mula-mula memang susah tapi dah lama nanti ok la. Kita juga perlu ada sikap berlumba-lumba untuk berjaya dan sikap ini akan menjadikan kita sentiasa rajin untuk berusaha dalam mengulangkaji pelajaran.
Syeikh Ibn Uthaimin telah menggariskan beberapa adab sebagai seorang pelajar dalam urusannya dengan guru dan adab ini boleh dipraktikkan ketika kita berada di universiti atau di sekolah.
1. Memberikan sepenuh perhatian kepada guru
2.Mendiamkan diri sewaktu guru sedang mengajar.
3.Menunjukkan minat terhadap apa yang diajarkan oleh guru.
4.Tidak meninggikan suara, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari.
5.Sekiranya ingin bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
6.Menghormati guru di hadapan dan dibelakangnya.
7.Menutup kelemahan guru dan tidak didedahkan.
8.Mendoakan kebaikan baginya.
Kita juga perlulah tajdid niat ( perbaharui niat ) setiap hari . ''Hari ni aku belajar kerana Allah '' dan Insyaallah rahmat dan pertolonganNya akan datang dan hadir tanpa kita sedari. Semoga semua dapat beramal dengan baik dan bersungguh-sungguh dalam belajar. Allah ya3unkum....
Sekian ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment