AnaFaqir. Powered by Blogger.
RSS

September 26, 2011

Bersederhana dalam membenci.

                Hati merupakan raja yang memerintah di dalam badan seseorang manusia. Menteri-menteri iaitu akal akan bermesyuarat sesama sendiri untuk mengarahkan tentera-tentera supaya melakukan perkara yang telah ditentukan oleh raja itu tadi. Sekiranya raja itu baik, maka baiklah seluruh menteri-menteri dan bala tenteranya. Sekiranya raja itu buruk maka sebaliknya akan berlaku. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah S.W.T hati , akal dan anggota badan yang sangat hebat dan ini terpulang kepada manusia untuk menggunakan kelebihan ini samada mengikut perintahNya atau terkeluar daripada arahan dan suruhanNya. Hati merupakan pusat yang paling penting di dalam badan manusia untuk memerintah segala anggota badan supaya patuh dan taat. Sekiranya hati itu baik, maka setiap perkara yang dilakukan pasti akan baik. Allah SWT memerintahnya kepada hamba-hambaNya supaya patuh dan taat kepada setiap suruhan dan laranganNya dan ini ada hubung kait dengan kesempurnaan iman seseorang individu muslim itu sendiri. Iman mempunyai musuh ketat iaitu nafsu. Hati dan akal perlu dikawal oleh iman dan ini memerlukan semangat dan mujahadah yang sangat besar dalam menempuhi segala cabaran dan godaan tersebut.

Sifat membenci merupakan suatu sifat yang tidak patut ada dalam diri setiap manusia dan sifat ini perlu didelete serta merta di dalam diri kita kerana ia akan memusnahkan diri kita sendiri. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah (5:8) maksudnya : '' Wahai orang yang beriman , hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan ( kebenaran ) kerana Allah , menjadi saksi dengan adil. Dan jangan sekali-kali kebencianmu terhadap terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan''.

Apabila kebencian kita terhadap seseorang itu melebihi garis batasannya, maka hidup akan gelisah dan diri diseksa oleh deraan psikilogi. Setiap kali mendengar nama orang yang dibenci , hati tak suka , perasaan bebulu dan jiwa terbakar. Jalan penyelesaian bagi sikap ini ialah kita lupakan kesalahan-kesalahan  yang mereka lakukan, maafkan mereka serta fikir kembali saat manis bersama dan ingat kembali jasa baik yang telah dihulurkan terhadap kita. Dengan cara ini, hati akan menjadi tenang dan perasaan mula gembira serta rahmat Allah mudah untuk sampai kepada kita. Hati merupakan perkara yang terpenting untuk kita baiki terlebih dahulu dengan bantuan iman dan akal. Kawal akan kita dan kuatkan iman kita dengan zikir . InsyaAllah perasaan benci membenci dan dendam akan hilang serta merta. Letakkan silaturrahim satu cara terbaik untuk menggapai redha Ilahi.


Ya Allah , kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya . Amin ya rabbal 'alamin.

1 comment:

  1. "Bencilah orang yg kau benci sewajarnya, boleh jadi satu waktu ia menjadi orang yg paling kau cintai." (HR. Bukhari)

    ReplyDelete