AnaFaqir. Powered by Blogger.
RSS

September 25, 2011

Nasihat buat adik-adik baru di Maghribi.

Alhamdulillah tahun ini seramai 12 orang pelajar baru telah sampai dengan selamat ke bumi kedua kita selepas Malaysia yang tercinta iaitu bumi Maghribi. Dikesempatan ini Abang Z ingin mengucapkan ucapan selamat datang dan selamat menempuhi kehidupan baru di bumi Maghribi ini dengan hati yang tabah, fizikal yang kuat serta kekuatan rohani yang mantap. Abang Z ingin memberikan beberapa nasihat yang sangat berguna buat semua pelajar-pelajar yang ingin menguasai bahasa arab di sini dan sentiasa mengamalkan cara hidup ini untuk kebaikan antum semua ketika berada di sini...

Untuk menguasai bahasa arab, antum semua perlulah  :

1. Berusaha untuk menjadikan bahasa arab ini bahasa pertuturan setiap hari di sini.

2.Cuba cari kawan2 dalam kalangan pak cik arab di sini dan dengan cari ini kita akan mudah untuk menguasai bahasa dan perkembangan itu akan melalui proses yang cepat.

3. Banyakkan duduk di library mengulangkaji.

4. Cuba untuk makan makanan yang disediakan di bumi Maghribi ini kerana awal-awal ni bukan senang nak makan makanan arab ni. Selain tu, untuk mengusai bahasa arab kita bukan hanya bercakap arab sahaja malah kita kena pakai apa yang orang arab pakai, tiru sebijik macam diorang cakap dan selalu datang rumah diorang  untuk tahu adat dan gaya hidup yang dapat membezakan kita dengan bangsa arab.

5. Untuk permulaan ni , sentiasalah bawak kamus ke mana sahaja yang antum semua pergi dan jangan malu untuk bertanya kerana sikap ini kan membawa kepada kerugian yang sangat besar.

6. Cara study kita untuk pelajar University ni dah berbeza dan tak macam dulu kerana kita hanya tunggu untuk disuapkan nasi oleh guru di sekolah . Di sini, kita bukan sahaja perlu mencari sesuap nasi itu, malah beras yang ingin dijadikan nasi itu pun perlu dicari. Ubahlah cara dan pendirian antum semua. Jadikan masa dan peluang ini untuk kebahagian antum semua untuk pulang ke tanah air nanti dan jangan penuhkan  negara kita dengan sampah masyarakat tetapi penuhkanlah dengan ilmuwan-ilmuwan yang hebat .

7. Akhir sekali, jangan lupakan ibu bapa dan kawan-kawan yang sentiasa membantu kita. Doakan kesejahteraan mereka dan jadikan kehidupan di bumi Maghribi ini penuh bermakna dan penuhi masa dengan kerja-kerja yang berfaedah. Perbetulkan niat bermula saat ini.....


No comments:

Post a Comment