Redha kedua ibubapa sangat penting merupakan tajuk yang ingin Abang Z kongsikan pada hari supaya kita semua tidak melupai jasa mereka yang berada jauh dari kita semua. Merekalah yang telah bersusah payah membesarkan kita daripada kecil hingga dewasa. Ibu yang sanggup berjaga malam menyusukan anaknya yang lapar serta sanggup tidak tidur hanya kerana ingin menghalang kita daripada digigit seekor nyamuk. Bapa yang sentiasa memastikan anak-anaknya mendapat didikan yang sempurna samada ilmu dunia dan akhirat bahkan sanggup bersusah payah mencari rezeki siang dan malam semi anak dan isterinya yang tercinta. Abang Z ketika di sekolah menengah dahulu selalu berjumpa dengan ibubapa yang sentiasa memberikan peringatan supaya menjaga keselamatan anaknya di sekolah . '' Zul, pak cik dan mak cik ni takde di asrama, pak cik dan mak cik nak aok tolong tengok-tengok-tengokkan yer , kalau degil aok rotan jer biar dia rasa ''. Wah, sampai begitu sekali didikan dan keprihatinan seorang ibu dan seorang ayah yang ingin anaknya berjaya. Kita sebagai anak perlu ingat bahawa ibubapa sangat mengharapkan anak-anaknya berjaya dan sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan di akirat. Sejak akhir-akhir ini, timbul pelbagai masalah yang melibatkan anak tidak lagi menghormati ibubapanya dan ini merupakan perkara yang perlu diperbaiki dan perlu diambil berat oleh kita semua sebagai umat Islam. Kita jangan lupa yang kita juga nanti akan menjadi ibu dan bapa kepada seorang anak dan didiklah diri kita untuk menghormati kedua ibubapa kita sekarang supaya anak-anak kita nant akan menghormati kita kelak.
Sebuah kisah ringkas yang Abang Z pernah terbaca mengenai pengorbanan seorang ibu yang sanggup menggadaikan gelang emas kesayangannya hanya kerana ingin melahirkan anak keempatnya di hospital swasta kerana inginkan perkhidmatan doktor perempuan untuk menguruskan urusan bersalin. Dia diuji dengan berbagai-bagai masalah dan syukur kepada Allah kerana anaknya selamat dilahirkan. Biarlah gelang emas tergadai tetapi Allah itu Maha Adil kerana digantikan dengan seorang anak yang lebih besar nilainya.
Kehidupan seorang pelajar yang berada di luar negara mungkin jauh lebih merasakan kasih sayang terhadap kedua ibubapa. Berat hati untuk meninggalkan mereka berdua tetapi perjuangan perlu diteruskan dan ilmu perlu dicari untuk mengisi lembah nurani yang fitrahnya suci ini. Ibubapa memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih apabila umur mereka semangkit meningkat dan hati mereka lebih mudah terguris. Mohonlah doa daripada mereka kerana doa ibubapa sangat mustajab. Lafazkanlah kata-kata yang indah dan tariklah perhatian mereka dengan kisah-kisah yang menggembirakan dan jangan keluarkan kata-kata yang kasar walaupun perkataan '' uh'' seklaipun.
Abang Z juga ingin berkongsi dengan antum semua tetang kehebatan doa seorang ibu ini. Perkara ini berlaku kepada adik Abang Z sendiri. Waktu dah masuk maghrib tapi adik Abang Z masih belum pulang ke rumah dan ini menimbulkan perasaan bimbang dalam diri mak Abang Z. Jam sudah menunjuukkan pukul 8 malam, waktu itu ayah sudah keluar ke masjid kerana beliau bertugas di masjid sebagai imam. Kelihatan wajah cemas menyelubungi wajah mak Abang Z dan tanpa melengahkan masa , mak Abang Z buka pintu dan keluar ke halaman rumah menadah tangan memohon agar Allah memudahkan urusan adik Abang Z untuk pulang. Setelah mak Abang Z selesai berdoa dan menyapu muka sahaja ... dushhhhh!!!...tiba-tiba terpacul adik Abang Z di depan muka mak.( part ni tak nak citer la,hehe faham la lepas tu). Hebatnya doa seorang ibu kerana Allah memaqbulkan doa ibu waktu itu juga. Mohonlah doa daripada mereka untuk kesejaheraan hidup kita di dunia dan kahirat. Banyak lagi kisah yang melibatkan doa ibu ini mustajab dan mungkin post lain kali yer. Jadi, Allah jadikan arahan supaya taat kepada kedua ibubapa itu sebagai satu wasilah untuk menggapai redhaNya dan sekiranya kita ingkar maka tunggulah balasanNya samada di dunia ataupun di akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment