AnaFaqir. Powered by Blogger.
RSS

September 28, 2011

Kehidupan Arab Barbar Maghribi yang unik

               Maghribi merupakan negara yang pernah dijajah oleh Perancis dan Sepanyol. Penduduk asal di Maghribi ialah orang-orang barbar. Mereka mempunyai bahasa yang tersendiri dan sebahagiannya boleh juga berbahasa classic arabic atau arab fusha. Maghribi telah mendapat kemerdekaan pada 2 Mac 1956 oleh Perancis dan Sepanyol pada 7 April 1956 setahun lebih awal daripada Malaysia. Itu adalah serba sedikit yang boleh Abang Z ceritakan tentang pengenalan Maghribi. Pernah juga dulu Abang Z duduk bersama-sama orang barbar bercerita pengalaman dan bertukar-tukar pendapat. Kebanyakan mereka sangat sukakan orang Asia dan kalau kita boleh bertutur dalam bahasa diorang ermm..cakap je nak makan apa..memang diorang buat.hehehe..

             '' Labas dark Zulkarnain?..Manzakin..?..manik katgit?... isy sylah shilhit ?.."..Itulah di antara bahasa pertuturan yang digunakan oleh orang-orang barbar dini. Mula-mula memang tak faham , tapi sebab dah selalu bercampur dengan mereka bahasa ini menjadi mudah.







 Pernah juga dulu masa Abang Z nak menziarahi seorang rakan baik ( orang barbar jugak) di satu kawasan di Maghribi ini dan satu perkara yang menarik telah berlaku. Ketika nak pulang, kawan barbar tu ikut sekali balik jalan kaki ke rumah dan sampai di pertengahan jalan dia berhenti . " Ok la Zul, aku hantar kau sampai sini saja la yer.Jumpa lain kali "..kata kawan barbar tu. Tiba-tiba Abang Z rasa terkejut sebab dah separuh jalan kami berjalan kaki tiba-tiba dia nak balik. '' Eh, ikut la aku balik sekali sebab dah dekat dah ni"kataku..
'' Takpe la Zul, memang kami diajar dari kecil begini supaya menghantar pulang tetamu yang datang separuh jalan. Itulah sifat yang unik dan tidak pernah Abang Z rasai di Malaysia. Mungkin orang Malaysia juga menghantar tetamunya pulang tetapi hanya di depan pintu rumahnya sahaja.hehehehe.

Di sini Abang Z tak nak cerita banyak-banyak tentang keunikan arab barbar di sini tetapi hanya ingin berkongsi sahaja pengalaman serba sedikit dan mungkin post yang lain Abang Z akan hurai lebih panjang. Salah satu kehebatan dan yang terkenal mengenai sifat arab ni ialah mereka sangat suka menjemput pelajar-pelajar di sini untuk bersama-sama mereka meraikan perayaan raya haji.( sebab raya aidulfitri tak berapa meriah). Fuh! teringat lagi masa tu Abang Z diberi peluang untuk menyembelih 6 ekor kambing gurun dan pengalaman ini sangat best dan tak dapat dilupakan. Satu perkara yang Abang Z belajar ialah orang-orang arab di sini lebih banyak menggunakan tenaga dalam setiap perkara. Cara mereka meraikan hari raya ini juga turut berbeza dan ini merupakan cara hidup mereka sejak zaman berzaman.



 
 
Apa yang ingin Abang Z kongsikan di sini ialah apa yang perlu kita lakukan dan berubah supaya sifat dan akhlak yang ditunjukkan oleh mereka dapat kita amalkan di negara kita :

1. Sekiranya tetamu hadir ke rumah kita, maka layanlah mereka dari mula mereka datang sampai mereka pulang. Jangan kita hanya sibuk melayari internet sampaikan kita lupa bahawa pahala melayan tetamu itu lebih besar ganjarannya.Sama juga seperti bila bertemu dengan rakan sibuk dengan sms hingga melupakan teman yang berada di hadapan yang inginkan komunikasi.





2. Walaupun mereka ( orang arab di sini ) hidup dalam keadaan serba kekurangan dan sumber pendapatan yang sedikit, tetapi mereka tetap berusaha untuk melayani tetamu dengan sedaya upaya mereka sampaikan kalau difikirkan boleh menitis air mata.

3. Wujudkan suasana saling bantu membantu antara kita sesama rakan dalam setiap perkara yang dilakukan serta ikhlas ingin membantu dan tidak mengharapkan balasan.

4. Arab-arab di sini pantang dengar mintak tolong , mereka pasti akan bantu walau apa keadaan sekalipun dan sifat ini harus dimiliki oleh kita semua.

5. Rakyat Malaysia yang berada di Malaysia sangat disanjung tinggi hanyalah kerana akhlak dan peribadi kita yang sangat lemah lembut dan tidak kasar. Jadi, kekalkanlah sikap ini supaya dengan akhlak yang baik masyarakat tertarik dengan kita dan moga-moga dengan sikap ini lebih ramai lagi masyarakat yang memeluk agama Islam.Ameenn..

Sekian..terima kasih

4 comments:

  1. barbar itu schlouh a.k.a amazighilah kan ust?

    ReplyDelete
  2. A'ah..diorang ade bnyak bahasa dan setiap bahasa berbeza-beza ikut tempat..

    ReplyDelete
  3. subhanallah..kalau akhlak pendakwah macam tu, mesti ramai sgt yg tertarik utk ke pangkal jalan.

    ReplyDelete