Jodoh pertemuan merupakan urusan Tuhan. Kita perlu murnikan niat agar jodoh pasangan kita mendapat redha dan mudah didekatkan. Aspek utama yang paling popular yang menjadi perbualan dalam kalangan remaja ialah soal jodoh. Ramai yang inginkan jodoh yang cantik dan menarik serta inginkan seorang wanita yang bertudung labuh serta mempunyai ciri-ciri yang yang terbaik berlandaskan syariat tetapi sifat dan watak si lelaki tidak sama seperti yang diinginkan oleh sang puteri. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah yang telah ditetapkan oleh Allh SWT dan untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita tetapi ilmunya , akhlaknya, pengorbanannya dan kesetiaannya.
'' Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"...
Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang bertekad menjadi hambaNya yang bertakwa pasti tidak akan dikecewakanNya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik.
'' Cantik itu relatif dan bukan subjektif''...
Cita rasa manusia terhadap kecantikan tidak sama. Mungkin cantik di mata kita tetapi tidak sesuai di mata orang lain. Mungkin cantik di mata orang lain tetapi bebeza menurut pandangan kita. Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang yang beriman menilai kecantikan kepada budi dan akhlaknya. Jelita sekalipun akan nampak hodoh sekiranya asyik marah-marah dan tidak menyenangkan hati si suami. Sebaliknya wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu si suami dan saling faham memahami antara satu sama lain. Apabila hati berkomunikasi dengan hati maka akan tidak akan timbul masalah-masalah antara kedua-duanya. Sempat juga dulu berkongsi pandangan bersama teman seperjuangan di sekolah menengah bahawa kebanyakan remaja hanya suka bermain-main dengan cinta malah menjadikan cinta sebagai perkara suka-suka. Kebanyakan orang tua mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya kerana tanggungjawab mendidik selepas mereka terletak di atas bahu suaminya. Pepatah melayu ada mengatakan " sayang isteri tinggal-tinggalkan sayang anak tangan-tangankan"..Pepatah ini mungkin kurang sesuai menurut hemat saya kerana sekiranya kita sayangkan isteri janganlah kita tinggalkan dia, rapatkan diri dan kongsi masalah bersama dan selalu berbincang kerana perbincangan adalah medan terbaik untuk menyelesaikan masalah dan kalau sayangkan anak jangan pukul mereka sahaja. Berikan didikan agama serta kuatkan iman mereka dengan kisah-kisah sahabat terdahulu dan ajarlah mereka dengan didikan yang sesuai bertepatan dengan sunah nabi kita Muhammad SAW. Wallahu'alam
September 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment