AnaFaqir. Powered by Blogger.
RSS

October 9, 2011

Teknik pantas belajar bahasa arab.

Ramai yang bertanya " Macam mana erk nak kuasai bahasa arab dengan cepat? ''. Sebenarnya kaedah untuk mempelajari bahasa ini lebih mudah sekiranya kita berada di dalam kelompok masyarakat yang bertutur dalam bahasa tersebut. Ingin menguasai sesuatu bahasa bukan perkara yang sangat mudah, banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menghasilkan kefahaman dan kebolehan dalam bertutur. Kadang-kadang, kita akan merasakan bahawa bahasa yang kita ingin pelajari ini sukar untuk dikuasai kerana masyarakat tidak bertutur di dalam bahasa yang sebenar kerana lebih banyak menggunakan bahasa pasar dan bukan seperi bahasa yang terdapat di dalam buku. Di sini, mungkin ada banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan anda semua iaitu teknik belajar bahasa arab dengan cepat. Mungkin perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman abang Z dan mungkin pengalaman kita berbeza-beza Mana yang baik kita ambil dan mana yang buruk kita tinggalkan.

Teknik pantas belajar bahasa arab ialah :

1. Minat sangat penting untuk mempelajari bahasa kerana tanpa minat maka sesuatu perkara yang dilakukan adalah sambil lewa dan tidak mencapai target yang dikehendaki. Minat boleh ditimbulkan melalui banyak kaedah yang terbaik dan perkara ini tidak mungkin saya kongsikan di sini kerana itu adalah cara masing untuk menanam rasa minat terhadap bahasa yang ingin dipelajari.

2. Pada peringkat permulaan, tidak perlulah kita baca buku-buku yang tinggi bahasanya kerana ini akan menyebabkan minat kita mula berkurangan dan perasaan jemu mula menyelubungi. Mulakan dengan buku-buku yang simple dan ayat-ayat yang mudah difahami. Mungkin dengan cara ini minat kita akan semakin bertambah dan rasa ingin tahu menjadi semakin meningkat terhadap bahasa arab ini.

3. Selain itu, kita juga boleh mempelajari bahasa dengan menonton filem-filem arab seperti kartun arab, kisah-kisah sahabat dan lain-lain. Teringat dulu masa mula-mula nak belajar bahasa arab ini, masa nak tengok cerita kartun tu ajak sekali kasan arab di sini dan minta dia terangkan perkataan-perkataan yang agak susah. Play.....Pause...Play...Pause. Mula-mula memang rasa segan sikit nak belajar dengan menonton kartun arab ni  tapi itu lebih baik daripada kita asyik mempelajari bahasa korea ketika berada di negara arab.

4.  Kita juga boleh menggunakan surat khabar, majalah, dan tv untuk mempelajari bahasa arab. Bagi mereka yang sukakan sukan bola sepak, pilihlah commentator arab dan dengar apa yang dia cakap serta ajuk balik apa yang telah dicakap. 

5. Disamping itu, dalam usaha untuk mengusai bahasa arab juga jangan lupa nilai tambah lain yang perlu kita ambil. Budaya dan gaya hidup mereka perlulah kita terokai supaya pengalaman ini menjadi satu perkara yang indah ketika mempelajari bahasa arab. Pernah juga dulu join arab sembelih kambing gurun masa hari raya korban. Cara mudah yang mereka gunakan untuk menanggalkan kulit daripada badan kambing tersebut ialah mereka akan buat lubang di kaki dan tiup guna mulut. Bila kambing tu dah makin mengelembung, mereka akan tanggalkan kulit tersebut dengan cara yang mudah. Kadang-kadang tergelak jugak tengok arab kat sini sembelih ayam, kita pandang dia , dia pandang kita pastu terus sembelih buat muka sedih.ahaks~.Kalau kita sampai 2-3 orang nak sembelih ayam.hehehe. Sorang pegang kaki, sorang pegang kepak, sorang sembelih. Fuh!! macam sembelih lembu. Tapi pak-pak arab ni orang jer.perghhh..Kalau raya korban di rumah melayu, ada jugak la arab-arab yang datang dan mereka juga turut menangis bersama-sama kami di pagi raya. Kami menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yang lalu dan saling bermaaf-maafan tetapi arab-arab ni menangis kerana penangan mee kari yang kami buat terlalu pedas.wawawawawa...


                              



6. Carilah keluarga angkat yang boleh kita ziarahi ketika waktu-waktu cuti. Hehehe.. abang Z ada satu keluarga angkat di sebuah kawasan di Maghribi yang disebut wilayah Kenitra. Bila rindu nak makan tojin, kus-kus dan lain2. Call jer..'' Mak, nak makan tojin"..hehe..Ada sekali tu di rumah seorang mak cik arab yang cukup baik, dia hidangkan kami kepala kambing, bila abang Z dengar je kepala kambing meremang bula tengkuk. Fuh..first time ni..tabahkanlah hatiku Ya Allah...'' Yallah bismillah drari, kliti kulli chi ''..Tangan terus mencapai ke pinggan tersebut dan abang Z main ambik jer mana-mana bahagian. Bila nak sampai je kat mulut sempat jugak la bertanya " synu haza sayyidah? ma 3araftu haza..~ apa ni mak cik? aku tak tahu ni bahagian apa~..Mak cik tu jawab dalam keadaan senyum lebar.. " telinga''..huargh!!!!!


                                         
  
7. Wujudkan suasan membaca di dalam rumah. Paling kurang mesti baca 2 helai atau lebih satu hari. Kalau dapat baca satu buku itu lebih baik dan bila banyak membaca banyak perkataan, bila banyak perkataan mudah nak faham apa yang diperkatakan oleh ustaz di dalam kelas.


8. Kita juga boleh melembutkan lidah untuk bertutur dalam bahasa arab dengan banyak membaca Al-Quran. Insyaallah dengan izinNya, kita mampu untuk menguasai bahasa ini.

9. Kadang-kita boleh juga ajak budak-budak kecil yang pandai bertutur dalam bahasa standard untuk bercakap. Budak-budak ini mereka sudag didedahkan dengan perkataan-perkataan yang mantap di sekolah jadi tiada cara lain melainkan kita ajak mereka berborak.
                                           
10. Boleh juga buat team bola dengan arab. Kalau nak mintak bola kena cakap arab. Tak boleh cakap melayu.hehe...
                                       


Mungkin banyak lagi perkara-perkara lain yang mampu untuk dilakukan dalam usaha untuk menguasai bahasa arab ini. Tabahkan hati dan sentiasa berusaha. Insyaallah kejayaan akan hadir. Mungkin pengalaman masing-masing berbeza dan ini hanya merupakan secebis perkongsian yang tidak seberapa dan mungkin ada orang lain yang lebih hebat pengalaman mereka. Cuma, seperti yang abang Z katakn tadi, mana yang baik kita ambil dan mana yang buruk kita tinggalkan. Apa yang paling penting ialah apabila kita nak baca buku arab kita faham dan boleh kita terjemahkan di dalam bahasa melayu disamping kita gunakan bahasa arab tersebut dalam kehidupan seharian kita. Sekian..

 

October 6, 2011

Kaedah menarik untuk timbulkan minat di dalam kelas.

 Ramai yang merungut " Aduh, tak faham langsung apa yang ustaz ajar hari ni!, esok malas la nak masuk kelas''. Ungkapan ini seringkali diungkapkan oleh pelajar-pelajar yang baru ingin menyesuaikan diri dengan kelas-kelas yang telah disediakan di universiti tambahan pula subjek yang diajar seratus peratus di dalam bahasa asing. Sebenarnya, walaupun kita tidak memahami apa yang telah diajarkan oleh ustaz di universiti, tetapi tanpa kita sedari bahawa keberkatan duduk di dalam majlis ilmu itu sangat besar ganjaran pahalanya.


Keseronokan belajar di dalam kelas akan timbul apabila kita memahami apa yang diajarkan oleh guru. Kaedah yang menarik yang boleh diamalkan sebelum kita memulakan kelas ialah kita baca telebih dahulu apa yang akan diajarkan nanti dan dengan cara ini mudah untuk kita bertanya kepada guru apa yang kita tidak faham. Selain itu, pernah juga dulu seorang ustaz di universiti menasihati abang Z katanya " bacaan kali pertama adalah untuk kefahaman, dan bacaan kali kedua adalah untuk menguatkan bacaan kali pertama''. Jadi, sekiranya kita telah bersedia dengan semua perkara-perkara ini maka tidak wujudlah perasaan bosan serta mengantuk di dalam kelas. Cara study kita perlu diubah kerana apabila kita melangkah ke alam universiti ini lebih banyak berbeza daripada kita balajar di sekolah menengah dahulu. Kita perlu sentiasa peka dengan nota-nota baru yang telah ditulis oleh pak-pak arab di sini dan perlu bersabar untuk memahami tulisan-tulisan mereka yang agak memeningkan kepala. Mula-mula memang susah tapi dah lama nanti ok la. Kita juga perlu ada sikap berlumba-lumba untuk berjaya dan sikap ini akan menjadikan kita sentiasa rajin untuk berusaha dalam mengulangkaji pelajaran.



Syeikh Ibn Uthaimin telah menggariskan beberapa adab sebagai seorang pelajar dalam urusannya dengan guru dan adab ini boleh dipraktikkan ketika kita berada di universiti atau di sekolah.

1. Memberikan sepenuh perhatian kepada guru
2.Mendiamkan diri sewaktu guru sedang mengajar.
3.Menunjukkan minat terhadap apa yang diajarkan oleh guru.
4.Tidak meninggikan suara, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari.
5.Sekiranya ingin bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
6.Menghormati guru di hadapan dan dibelakangnya.
7.Menutup kelemahan guru dan tidak didedahkan.
8.Mendoakan kebaikan baginya.


Kita juga perlulah tajdid niat ( perbaharui niat ) setiap hari . ''Hari ni aku belajar kerana Allah '' dan Insyaallah rahmat dan pertolonganNya akan datang dan hadir tanpa kita sedari. Semoga semua dapat beramal dengan baik dan bersungguh-sungguh dalam belajar. Allah ya3unkum....

                            
                                                     

Sekian ....

October 4, 2011

Doa Pengasih.

Dalam hadis riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi s.a.w agar berdoa kepada Allah s.w.t supaya diberikan hidayah kepada ibunya agar memeluk Islam. Berkat doa Nabi yang juga menunjukkan mukjizat baginda, ibu kepada Abu Hurairah telah memeluk Islam.

Beliau kemudiannya meminta Nabi s.a.w  berdoa kepada Allah agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang beriman. Nabi s.a.w telah mendoakan untuk mereka dengan doa ini dengan sedikit tambahan iaitu kalimah " Wa Ummahu ( Dan ibunya) '' selepas kalimah '' abdaka haza" . Hasil doa Nabi s.a.w, setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah.


اَللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِيْن

Maksudnya : Ya Allah, limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap hamba-Mu yang beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku

Sumber : Mukhtasar Silah Al-Mukminin , Bab fi talab al-dua' , karangan al-Imam Al-Zahbi,halaman 109.
Pesanan : tak payah susah-susah nak jumpa bomoh,pawang atau seumpamanya nak buat orang lain sayang pada kita. Doa pada Allah Insyaallah berjaya.
 







October 1, 2011

Redha kedua ibubapa sangat penting.

Redha kedua ibubapa sangat penting merupakan tajuk yang ingin Abang Z kongsikan pada hari supaya kita semua tidak melupai jasa mereka yang berada jauh dari kita semua. Merekalah yang telah bersusah payah membesarkan kita daripada kecil hingga dewasa. Ibu yang sanggup berjaga malam menyusukan anaknya yang lapar serta sanggup tidak tidur hanya kerana ingin menghalang kita daripada digigit seekor nyamuk. Bapa yang sentiasa memastikan anak-anaknya mendapat didikan yang sempurna samada ilmu dunia dan akhirat bahkan sanggup bersusah payah mencari rezeki siang dan malam semi anak dan isterinya yang tercinta. Abang Z ketika di sekolah menengah dahulu selalu berjumpa dengan ibubapa yang sentiasa memberikan peringatan supaya menjaga keselamatan anaknya di sekolah . '' Zul, pak cik dan mak cik ni takde di asrama, pak cik dan mak cik nak aok tolong tengok-tengok-tengokkan yer , kalau degil aok rotan jer biar dia rasa ''. Wah, sampai begitu sekali didikan dan keprihatinan seorang ibu dan seorang ayah yang ingin anaknya berjaya. Kita sebagai anak perlu ingat bahawa ibubapa sangat mengharapkan anak-anaknya berjaya dan sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan di akirat. Sejak akhir-akhir ini, timbul pelbagai masalah yang melibatkan anak tidak lagi menghormati ibubapanya dan ini merupakan perkara yang perlu diperbaiki dan perlu diambil berat oleh kita semua sebagai umat Islam. Kita jangan lupa yang kita juga nanti akan menjadi ibu dan bapa kepada seorang anak dan didiklah diri kita untuk menghormati kedua ibubapa kita sekarang supaya anak-anak kita nant akan menghormati kita kelak.

Sebuah kisah ringkas yang Abang Z pernah terbaca mengenai pengorbanan seorang ibu yang sanggup menggadaikan gelang emas kesayangannya hanya kerana ingin melahirkan anak keempatnya di hospital swasta kerana inginkan perkhidmatan doktor perempuan untuk menguruskan urusan bersalin. Dia diuji dengan berbagai-bagai masalah dan syukur kepada Allah kerana anaknya selamat dilahirkan. Biarlah gelang emas tergadai tetapi Allah itu Maha Adil kerana digantikan dengan  seorang anak yang lebih besar nilainya.

Kehidupan seorang pelajar yang berada di luar negara mungkin jauh lebih merasakan kasih sayang terhadap kedua ibubapa. Berat hati untuk meninggalkan mereka berdua tetapi perjuangan perlu diteruskan dan ilmu perlu dicari untuk mengisi lembah nurani yang fitrahnya suci ini. Ibubapa memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih apabila umur mereka semangkit meningkat dan hati mereka lebih mudah terguris. Mohonlah doa daripada mereka kerana doa ibubapa sangat mustajab. Lafazkanlah kata-kata yang indah dan tariklah perhatian mereka dengan kisah-kisah yang menggembirakan dan jangan keluarkan kata-kata yang kasar walaupun perkataan '' uh'' seklaipun.

                                   

Abang Z juga ingin berkongsi dengan antum semua tetang kehebatan doa seorang ibu ini. Perkara ini berlaku kepada adik Abang Z sendiri. Waktu dah masuk maghrib tapi adik Abang Z masih belum pulang ke rumah dan ini menimbulkan perasaan bimbang dalam diri mak Abang Z. Jam sudah menunjuukkan pukul 8 malam, waktu itu ayah sudah keluar ke masjid kerana beliau bertugas di masjid sebagai imam. Kelihatan wajah cemas menyelubungi wajah mak Abang Z dan tanpa melengahkan masa , mak Abang Z buka pintu dan keluar ke halaman rumah menadah tangan memohon agar Allah memudahkan urusan adik Abang Z untuk pulang. Setelah mak Abang Z selesai berdoa dan menyapu muka sahaja ... dushhhhh!!!...tiba-tiba terpacul adik Abang Z di depan muka mak.( part ni tak nak citer la,hehe faham la lepas tu). Hebatnya doa seorang ibu kerana Allah memaqbulkan doa ibu waktu itu juga. Mohonlah doa daripada mereka untuk kesejaheraan hidup kita di dunia dan kahirat.  Banyak lagi kisah yang melibatkan doa ibu ini mustajab dan mungkin post lain kali yer. Jadi, Allah jadikan arahan supaya taat kepada kedua ibubapa itu sebagai satu wasilah untuk menggapai redhaNya dan sekiranya kita ingkar maka tunggulah balasanNya samada di dunia ataupun di akhirat.